Laporan Program ‘My Idols Character’
6 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniProgram ‘My Idols Character’ anjuran bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah berlangsung dengan jayanya di SK Oran, Perlis, melibatkan penyertaan lebih 400 murid dari seluruh negeri. Program ini bertujuan membentuk murid yang celik teknologi, beretika dalam talian serta berwibawa dari segi sahsiah dan kepimpinan.
NADI telah melaksanakan pengisian melalui Kempen Internet Selamat, yang merangkumi aspek keselamatan siber, tanggungjawab digital dan pembentukan identiti dalam talian yang positif.
Penyertaan dalam program ini telah mengukuhkan peranan NADI sebagai agensi yang proaktif dalam mendidik masyarakat khususnya golongan muda mengenai keselamatan digital. Ia juga memperluaskan jangkauan NADI kepada komuniti sekolah, sekali gus meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan penting NADI dalam era digital.
Program ini sejajar dengan matlamat NADI untuk melahirkan warganet yang bertanggungjawab serta mampu menjadi contoh dalam dunia digital dan realiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: